Selasa, 11 Januari 2011

KELEBIHAN SURAH AL-FATIHAH

Kelebihan AL-Fatihah

Ibn Jarir berkata, “Sesungguhnya Allah mendidik nabinya Muhammad s.a.w dalam melakukan segala pekerjaan hendaklah dimulakan dengan nama-namaNya yang mulia dan dijadikan sunah bagi sekalian makhluknya sama ada percakapan, surat, kitab dan hajat-hajat.

Menurut Zulkifli (2004), terdapat nas-nas hadis yang menunjukkan banyak kelebihan surah al-Fatihah antaranya;

1. Alfatihah adalah sebesar-besar surah dari segi kelebihannya seperti riwayat al-Bukhari daripada Abi Said bin Mu’alla

2. Memohon hidayah ke jalan yang benar di samping menetapkan iman dan jalan orang-orang solihin.

3. Tiada tandingan dan bandingan dengan mana-mana surah dan kitab seperti Taurat, Injil, Zabur dan al-Furqan daripada surah al-Fatihah seperti riwayat Imam Ahmad daripada Ubay bin Kaab

4. Dua cahaya yang digembirakan oleh malaikat iaitu al-Fatihah seperti riwayat Imam Ahmad daripada Ubay bin Ka’ab

5. Penyembuh penyakit seperti terkena patukan ular, kala jengking dan lain-lain. Ini dinyatakan al-Bukhari dan Muslim daripada Said al-Khudri

6. Kelebihan Fatihah jelas apabila diwajibkan dalam setiap rakaat solat seperti riwayat al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmizi daripada Abu Hurairah

7. Menyembuh penyakit gila seperti riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, an-Nisaa'i, Ibn Sunni, Ibn Jarir, al-Hakim yang mensahihkannya daripada Kharijah bin as-Salt at-Tarmimi daripada bapa saudaranya yang datang bertemu Rasulullah s.a.w dan pulang, kemudian lalu di perkampungan yang terdapat seorang lelaki yang dirantai dengan besi lantas kata keluarganya, "Adakah kamu boleh rawatnya, kerana kamu datang daripada sahabatmu (Rasulullah s.a.w.) yang amat baik.