Sabtu, 25 Disember 2010

MENCARI BAHAGIA DI DUNIA DAN AKHIRAT: JANGAN BERSEDIH

MENCARI BAHAGIA DI DUNIA DAN AKHIRAT: JANGAN BERSEDIH

JANGAN BERSEDIH


"La tahzan innallaha ma'ana..."
Maksudnya "Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah selalu bersama kita"
(At-Taubah:40)

- Kesedihan tidak mendatangkan manfaat bagi hati, bahkan ia merupakan sesuatu yang amat disenangi oleh syaitan.

Pepatah Arab menyatakan;
"Kepedihan yang selalu mendera, pada saatnya nanti pasti akan pergi..."

"Jangan bersedih kerana dunia terlalu hina untuk ditangisi"

Menurut Allah; dunia lebih tidak berharga dari sayap seekor nyamuk, inilah hakikat nilainya dan timbangannya di sisi Allah, lalu mengapa harus bersedih dan gelisah kerananya?"
Ali bin Jabalah berkata;
"Semoga kebahagiaan menjelma
Semoga jiwa kita terubat dengan harapan
Maka janganlah menyerah,
sebab jika kau menyerah,
kecemasan akan menyergap jiwa,
Seseorang yang paling dekat dengan kebahagiaan
adalah orang yang memiliki harapan."
Jangan bersedih! Sesungguhnya rasa sedih dan gundah gulana adalah akar penyakit jiwa, sumber penyakit saraf, penghancur jiwa dan penyebar keraguan dan kebingungan.
"Jangan bersedih, sesungguhnya kita ada Al-Quran, ada doa, ada solat, ada sedekah, ada perbuatan baik dan ada amalan yang memberikan manfaat"
"Jangan bersedih dan jangan menyerah kepada kesedihan dengan tidak melakukan sebarang aktiviti. Solatlah...bertasbihlah...bacalah...menulislah...bekerjalah...terimalah tetamu...bersilaturrahim..dan merenunglah..."
"Lupakanlah masa lalu yang pernah terjadi. Tumpukan diri anda pada masa kini kerana memikirkan masa lalu dan sesuatu yang telah selesai merupakan kebodohan dan menyebabkan kegilaan"

CARA MENGHARGAI ORANG LAIN



"Tak kira berapa sibuknya kita, kita mesti mengambil masa untuk membuat orang lain merasa penting"

Caranya;

1. Dengar dan beri sepenuh perhatian.
2. Lihat semasa mereka bercakap.
3. Tunduk sedikit ke depan.
4. Bertanya untuk menunjukkan minat.
5.Tumpukan perkara yang dinyatakan.
6. Empati
7. Hormat pandangannya walaupun anda tidak setuju.
8. Panggil atau guna nama semasa berhubung.
9. Berterima kasih atas penglibatan dan sumbangan mereka.
10. Hargai dengan jujur dan baik.
11.Beri perhatian kepada setiap orang dalam kumpulan.
12.Lindungi yang lemah.
13. Beritahu orang yang sedang menunggu.
14. Fahami perasaan orang lain.
15Kongsi kegembiraan dan kesedihan orang lain.
16. Layan orang lain dengan adil.
17. Fokus kepada keperluan orang lain.
18. Bantu pertumbuhan dan perkembangan orang lain mengikut keperluannya.
19. Sayangi orang lain tanpa mengongkong.


BUKANLAH MUDAH UNTUK...


1. Meminta maaf

2.Memulakan semua sekali lagi

3.Mengaku salah

4.Meminta nasihat

5. Tidak mementingkan diri sendiri

6. Terus mencuba

7. Berfikir sebelum bertindak

8. Memaaf dan melupakan

9. Menerima kritikan.

10 Meletakkan diri anda 'dalam kasut orang lain.'
"Hargailah rakan anda supaya dirinya merasa penting"
"Janganlah engkau memalingkan muka dari manusia kerana kesombongan dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak mencintai sekalian orang yang sombong dan membanggakan diri" (Surah Luqman: ayat 18)

Khamis, 23 Disember 2010

MEMPERBAIKI PEMIKIRAN POSITIF-oleh Edward De Bono



1. MENINGKATKAN UNSUR-UNSUR POSITIF

Arah pertama menuju kepada kemajuan diri ialah titik permulaan, perkembangan dan memperbaiki sikap-sikap dan tabiat positif. Sikap positif merupakan asas revolusi positif.

a.Sikap konstruktif ialah cara menukar sikap positif menjadi tindakan. Ia juga bertentangan dengan sikap negatif dan sikap memusnahkan.

b.Tabiat suka menyumbang: sentiasa mencari jalan untuk menyumbang dan memberi sumbangan dalam ketiga-tiga ruang (diri, tempatan dan negara)

c. Mengamal dan menggemari kemahiran keberkesanan.

d. Sentiasa mengingati tentang kemajuan diri.

e. Beradab terhadap orang lain mengikut prinsip asas menghormati orang lain.

f. Meminati lebih banyak perkara. Berfikiran terbuka mengenai perkara-perkara baru.

g. Perbualan dan perbincangan anda menjadi lebih menarik.

h. Berusaha menjadi orang yang sedia menolong dan mudah bergaul.

i. Berhenti seketika untuk menganalisis tindakan anda setakat ini. Puji perkara-perkara yang baik dan catatkan perkara-perkara yang buruk.
2. MENGURANGKAN UNSUR-UNSUR NEGATIF
Arah kedua untuk memperbaiki diri ialah mengurangkan penguasaan beberapa unsur negatif. Unsur-unsur ini tidak akan lenyap sekelip mata saja atau buat selama-lamanya (tetapi jika berkurangan sedikit bukankah baik?)
a. Kurangkan tabiat membuat keputusan dengan terburu-buru. Kurangkan reaksi yang dipengaruhi emosi semata-mata.
b. Lebih bertolak ansur terhadap orang lain dan kurangkan mengkritik.
c. Kurangkan sikap negatif dan suka merosakkan (memusnahkan)
d. Menjadi kurang dogmatik dan lebih bersedia untuk mendengar pendapat orang lain dan pilihan-pilihan.
e. Tidak mudah tersinggung.
f. Kurangkan sifat malas, tidak cermat dan tidak boleh diharapkan.
g. Mengurangkan aktiviti-aktiviti yang hanya mengisi masa.
h. Tidak menjadi terlalu pasif.
i. Tidak terlalu merasa tidak berdaya dan mengharapkan bantuan.
j. Tidak mudah mengaku kalah jika segala-galanya tidak berjaya pada percubaan pertama.
Sesiapa pun boleh menambahkan apa jua kekurangan kelemahan dirinya dalam senarai ini. Sesetengah unsur negatif ini akan berkurangan dengan sendirinya jika kita meningkatkan unsur-unsur positif yang dinyatakan di atas (iaitu cara yang lebih berkesan untuk mengurangkan unsur-unsur negatif)
3. MELAKUKAN SESUATU ITU DENGAN LEBIH BAIK.
Penderitaan, bosan dan mengisi masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah merupakan unsur-unsur negatif- meskipun kadangkala penderitaan boleh digunakan dengan cara yang positif.
a. Jika anda sedang melaksanakan sesuatu tugas bolehkah tugas itu dilaksanakan dengan cara lebih baik.
b. Bolehkah tugas itu dilakukan dengan lebih baik atau lebih berkesan?
c. Jika anda meminati tugas itu, adakah ia boleh menjadi lebih menarik?
d. Jika anda terpaksa memasak, adakah baik jika anda mencuba resepi-resepi baru?
e. Jika anda terpaksa melalui sebatang jalan, adakah anda nampak perkara-perkara baru dalam perjalanan anda itu?
f. Jika anda terpaksa bekerja bersama beberapa orang, bolehkah anda mengenali mereka dengan lebih rapat?
g. Jika anda merasa lebih seronok terhadap apa yang sedang dilakukan, sudah pasti anda boleh merasa lebih seronok sepanjang hari?
h. Di kilang kereta Toyota di Jepun, terdapat 326 cadangan yang diberikan oleh setiap kakitangan setiap tahun.




Rabu, 22 Disember 2010

ANEKA PETUA


Petua 1: Halia Atasi Masalah Kembung Perut


Ambil sebuku halia yang sederhana besar, dibersihkan dan ditumbuk sedikit. Masukkan ke dalam gelas dan tuang air panas mendidih lebih kurang setengah gelas. Tutup permukaan gelas selama 10 minit, tapis dan jadikan dua bahagian. Sebahagian anda minum dan sebahagian simpan di dalam peti sejuk. Sekiranya masih terasa kembung lagi, ulang meminumnya hingga perut berasa lega. Selamat mencuba.


Petua 2 : Ubat Sakit Bengkak Tekak


Jika anda mengalami sakit tekak, memang sukar untuk menelan terutamanya makanan yang keras. Untuk merawatnya, ambilkan air didih nasi sebanyak satu cawan. Minumlah air didih nasi itu, lakukan cara ini beberapa kali sehingga rasa perit dan sakit kerongkong anda sembuh dengan izin Allah.


Petua 3 : Putih Telur Penghilang Parut


Jika pada tubuh anda terdapat bekas luka ataupun parut yang sukar hilang, cubalah gunakan putih telur ayam kampung. Setiap kali hendak tidur, sapukan putih telur tersebut pada parut luka itu. Lakukan secara terus-menerus. Insya Allah parut luka anda akan hilang.


Petua 4: Ubat Kencing Tak Lawas.


Bagi mereka yang menghadapi masalah kencing tidak lawas atau tanda-tanda awal ada penyakit batu karang, ambil beberapa biji lobak putih dan batang kangkung dengan akarnya sekali. Bersihkan kedua-dua bahan ini dan rebus pada kadar air yang sederhana banyaknya. Apabila sudah cukup masak, angkat dan biarkan air menjadi suam barulah diminum. Petua ini selain dapat melawaskan kencing, juga dapat memecahkan batu karang yang tidak serius.


Petua 5:Hilangkan Hanyir Ikan Darat


Untuk menghilangkan hanyir ikan darat sebenarnya agak sukar berbanding ikan laut. Cara berkesan untuk mencucinya ialah dengan mengambil beberapa helai daun serai dan sedikit asam jawa. Ramas keduanya dan gaul bersama ikan. Perapkan beberapa minit kemudian bilas dengan air bersih. Pasti ikan tidak hanyir lagi.


Petua 6: Khasiat Daun Jambu Batu


Kalau anda terkena sakit perut, buang-buang air, perut kembung, masuk angin dan cirit-birit; Ambillah beberapa helai daun jambu yang masih muda (pucuknya). Mamah daun jambu itu dengan garam lalu airnya ditelan atau daun jambu biasa yang masih muda dimamah halus dan ditelan. Insya Allah mujarab dan sakit perut anda akan hilang dengan sendirinya.


Petua 7 : Tumit Kaki Tidak Pecah.


Bagi anda yang menghadapi masalah ini, ambil sebiji buah betik yang masih muda. Hiriskan di bahagian hujungnya agar mengeluarkan getah. sapukan getah betik tersebut ke bahagian tumit yang pecah. Lakukan berulang kali beberapa hari jika ingin mendapatkan hasil yang memuaskan.


Petua 8 : Khasiat Daun Turi


Daun turi boleh dibuat masakan sama ada dimasak lemak atau ditumis. Insya Allah amat baik untuk mellawaskan pembuangan air kecil, berfungsi untuk mencuci buah pinggang dan amat baik untuk menerangkan penglihatan mata.


Petua 9: Segarkan Urat Saraf Dengan Daun Serai


Jika anda terlalu banyak kerja anda tentu berasa letih dan lesu. Untuk mengembalikan kesegaran urat saraf anda boleh gunakan daun serai, daun pandan dan daun nangka yang direbus. Biarkan air tersebut menjadi suam kuku. setelah itu bolehlah anda gunakan untuk mandian selama tiga hari. Anda akan dapati badan yang letih lesu itu akan bertenaga kembali.
Petua 10: Hilangkan Parut Jerawat
Ambil beberapa helai daun sireh, kemudian celur dalam air panas. Selepas itu gosokkan di bahagian muka yang berparut. Insya Allah dalam masa dua minggu parut di muka akan beransur-ansur pulih.
Petua 11 : Ubat Sakit Gigi
Untuk menghilangkan sakit akibat gigi berlubang, anda boleh mencuba petua ini. Ambil sedikit gambir Sarawak yang telah dicairkan dan bubuh di dalam lubang gigi yang sakit. Biarkan seketika, Insya Allah sakit gigi akan hilang. Selamat mencuba.
Petua 12 : Tiada Lagi Karat Gigi
masalah gigi berkarat merunsingkan anda. Hilangkannya dengan mengambil 2cm arang kayu yang sudah dibersihkan. Campurkan dengan dua cubit garam kasar dan tumbuk sampai halus. Sapukan arang tadi pada berus gigi dan gosok gigi seperti biasa. Kemudian bilas dengan menggosok ubat gigi untuk menghilangkan arang yang terlekat di celah-celah gigi. Lakukan dua kali seminggu, insya Allah anda akan dapat menikmati senyuman yang menawan tanpa karat dan kuning.
Petua 13: Suburkan Rambut
Ambil dua biji telur dan pukul hingga sebati. Kemudian sapukan sebatian ini di kulit kepala dengan menggunakan hujung jari. Urut sekurang-kurangnya lima minit dan biarkan ia meresap ke dalam kulit kepala. Kemudian bilas dengan air suam. Ulangi langkah ini setiap malam, insya Allah kulit kepala yang subur akan membawa kesan pertumbuhan rambut yang lebih sihat.
Petua 14: Masalah Senggugut
Selepas menggosok baju, ambil seterika yang masih panas dan letakkan di atas perut sambil baring. Pastikan perut anda dialas dengan kain yang tebal untuk mengelakkan melecur. Biarkan panas seterika itu menyerap sehingga terasa di perut anda. Petua ini juga sesuai untuk wanita selepas bersalin kerana kaedah ini sama seperti bertungku. Ulangi kaedah ini setiap kali selepas menggosok baju walaupun bukan di dalam haid. Selamat mencuba.


Petua 15 : Terkena Besi Panas

Apabila terkena besi panas, jangan basuh dengan air sejuk kerana ia akan menjadikan kulit menggelembung. Untuk mengubatinya, ambil secamca besar garam dan bancuh dengan sedikit air sejuk. Kemudian air garam itu disapu pada tempat yang terkena panas itu. Insya Allah kulit tidak akan menggelembung dan cepat sembuh.




Isnin, 20 Disember 2010

BICARA CINTA














CINTA

Bilakah mentari itu akan timbul kembali

setelah hujan turun menangisi

Di petang yang sunyi

hanya ditemani

pc yang bagaikan memahami

sepi dan terus menyepi

sehingga sapaan naluri

menyentuh hati.


Hati ini,

Terasa ingin disayangi,

terasa ingin dicintai,

Apakah ia satu realiti

Atau hanya fantasi,

Tatkala bunga kembang berseri

Purnama yang berkembang berlalu pergi

Meninggalkan sisa-sisa

Yang boleh diabadi

Terus bersemadi

Biarlah di hulu hati

Menusuk sanubari

Pancaindera kurniaan Ilahi

Membawa makna seribu erti

Cinta bukanlah mati.

Tapi

Cinta peribadi

Berlalu bersama hari-hari yang dilalui

Walau tanpa insan di sisi

yang sudi untuk menemani

Cinta itu akar hati,

Kusemat buat pencipta duniawi,

Sehingga akhir nanti

Cinta Allah cinta suci

Mengharum bak setanggi duniawi.
PUISI CINTA 2: JIKA IA SEBUAH CINTA

Jika Ia Sebuah Cinta.....

jika ia sebuah cinta…
ia tidak mendengar…namun sentiasa bergetar….
jika ia sebuah cinta…ia tidak buta namun sentiasa melihat dan merasa..
jika ia sebuah cinta…ia tidak menyeksanamun sentiasa menguji
jika ia sebuah cinta…ia tidak memaksa, namun sentiasa berusaha…
jika ia sebuah cinta…ia tidak cantik namun sentiasa menarik…
jika ia sebuah cinta…ia tidak datang dengan kata-kata
namun sentiasa menghampiri dengan hati…
jika ia sebuah cinta…ia tidak terucap dengan kata
namun sentiasa hadir dengan sinar mata..
jika ia sebuah cinta…ia tidak hanya berjanji..
namun sentiasa cuba memenangi..
jika ia sebuah cinta…ia mungkin tidak suci..namun sentiasa harmoni…
jika ia sebuah cinta…ia tidak hadir kerana permintaan
namun hadir kerana ketentuan…
jika ia sebuah cinta…ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan…
namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan…
semuanya.. jika ianya sebuah cinta………
PUISI OLEH KALIDASA
Selamat datang pagi
Lihatlah pada siang ini
Kerana itulah kehidupan, hidupnya kehidupan
Pada masa singkat itulah
Kau menemui berbagai hakikat keberadaanmu,
Itulah saat meraih nikmat
Saat meraih cahaya kemenangan
Kerana kelmarin hanya tinggal mimpi
sedang esok hanyalah fantasi
Tetapi hari ini akan menjadi kelmarin,
Sebuah mimpi yang indah
dan esok adalah kewujudan harapan.
Berbuat baiklah!
Lihatlah sesuatu yang baik pada hari ini.
Itulah erti penghormatan buat hari ini.

Ahad, 19 Disember 2010

SELOKA NASIHAT


SELOKA NASIHAT 1.

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah berkat,
Bila hidup berkat, diri ini akan selamat,
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat,
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat,
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat,
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat,
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat,
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan meningkat,
Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS!

Apabila pembangunan meningkat,
kemajuan menjadi pesat,
bangunan naik bertingkat-tingkat,
Harus diingat...
Di tengah-tengah itu tempat maksiat tumbuh macam kulat,
KETIKA ITU..manusia mula mengubah tabiat,
ada yang menjadi lalat, ada yang menjadi ulat,
Apabila manusia menjadi ulat, solat makin hari makin liat,
maka, orang baik ada yang bertukar jadi jahat,
ada yang miskin nak kaya cepat,
yang tua pula nak mati lambat,
macam-macam dia jadi ligat,
tak dapat madu, dia minum macam-macam ubat,
konon nak jadi kuat dan hebat

Budak-budak muda pakai seluar ketat,
Semua nak tunjuk diri hebat,
Apabila berjudi, percaya unsur kurafat,
Tapi hidup pula yang melarat,
Tali kasut dah tak terikat,
Rambut pun jarang sikat,

Yang perempuan, pakai mini sekerat,
Suka pakai baju ketat lagi sendat,
Suka sangat menunjukkan pusat,
Hingga lupa batasan aurat,
Pakai pula yang singkat-singkat,
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'
Ada juga yang melihat nampak tercegat,

Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat,
Duduk jauh berutus sms maksiat,
Apabila berjumpa tangan berjabat,
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat,
Masa tu, nafas jadi tersekat-sekat,
Tak peduli agama dan adat,
Lupa Allah dan malaikat,
Cuma fikir apa nak buat...
Nak tunjuk sayang..'bukti' kita buat,
akhirnya perut kempis dah jadi bulat,
Na'uzubillah lahir anak tak cukup sifat,
Maka dengarlah cerita bayi dibuang merata tempat.


Ketika itu, iblis mula melompat-lompat,
Katanya, "Manusia dah masuk jerat"
Manusia dah ikut jalan sesat,
Inilah fenomena masyarakat.


Oleh itu, wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Tunggu bila-bila saja akan kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat!
Berangkat menuju ke negeri akhirat.


Di sana kita ditanya apa yang kita buat?
Masa tu, sendiri mau ingat.


Usiamu banyak mana..banyak mana ibadat dah buat?
Zaman muda apa pula yang dibuat?
Harta benda..dari mana kamu dapat?
Ilmu kamu...adakah ada bermanfaat?


Sebagai sesama insan sama-sama kita mengingat,
Agar dapat meninggalkan maksiat,
Perbanyakkan pula amal dan ibadat.
Moga sempat bertaubat,
Allah akan mengampun segala dosa yang dah terbuat.
Mati sendiri mahu ingat.


DEMI MASA - RAIHAN

Sabtu, 18 Disember 2010

HIMPUNAN MUTIARA KATA










































































KATA-KATA HIKMAH PUJANGGA





1)Ketahuilah bahawa kesusahan itu akan membuka pendengaran dan penglihatan, menghidupkan hati, mendewasakan jiwa, mengingatkan hamba dan menambah pahala.Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.





2)Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

3)Gersang Bumi Tanpa Hujan, Gersang Minda Tanpa Ilmu,Gersang Hati Tanpa Iman, Gersang Jiwa Tanpa Amal.





4) Resepi Kehidupan:

Daripada banyak berbual,
Kepada banyak beramal.


Daripada banyak menghina,
Kepada banyak membina.





Daripada banyak mengutuk,
Kepada banyak membentuk.





Daripada banyak konfrantasi,
Kepada banyak toleransi.





Daripada banyak mengherdik,
Kepada banyak mendidik.





Daripada banyak bercakap,
Kepada banyak ubah sikap.





Daripada watak mufti,
Kepada watak da’i.










5) "Jangan menganggap semua kritikan yang diarahkan kepada anda sebagai satu permusuhan. Tetapi ambillah faedah yang ada di dalamnya tanpa perlu melihat maksud orang yang mengkritik itu kerana ketika itu anda lebih memerlukan perbaikan daripada pujian."









6) "Orang yang bahagia adalah orang yang mengambil pelajaran daripada hari semalam, berintropeksi terhadap diri sendiri, mempersiapkan diri untuk kehidupan kubur dan selalu merasa diawasi oleh Allah S.w.t sama ada ketika terang-terangan ataupun sembunyi."









7) Daraipada Aisya r.h.a. Rasulullah s.a.w bersabda;









"Bahawa Allah mencintai seseorang yang apabila ia mengerjakan sesuatu kerja, ia lakukan dengan cemerlang."








8) Rasulullah bersabda;




" Rebutlah lima peluang sebelum datangnya lima perkara,





Hidupmu sebelum matimu,









sihatmu sebelum sakitmu,





Waktu lapangmu sebelum sibukmu,









Waktu mudamu sebelum tua, dan









Kayamu sebelum fakirmu."





9) Rasulullah s.a.w bersabda








"Perelokkanlah duniamu dan beramallah untuk akhiratmu, seolah kamu akan mati esok hari"









10) Sabda Rasulullah s.a.w.









" Berbahagialah siapa yang menghina dirinya, baik usahanya, baik rahsia hatinya, mulia zahirnya dan beruzlah daripada manusia kejahatannya. Berbahagialah siapa yang beramal dengan ilmunya, menafkah lebihan daripada hartanya dan menahan daripada bercakap berlebih-lebihan"















Jumaat, 17 Disember 2010

CARA MEMILIH SAHABAT









































CARA MEMILIH SAHABAT




Tidak semua orang boleh dijadikan sahabat. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;




"Seseorang itu menurut agama (aturan) kekasihnya, maka oleh sebab itu baiklah seseorang dari kamu semua meneliti orang yang akan dikasihinya" (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)




Pesanan al-Qamah kepada anaknya,




"ANAKKU, JIKA KAMU BERASA PERLU UNTUK BERSAHABAT DENGAN SESEORANG, MAKA PILIHLAH YANG MEMPUNYAI SIFAT INI, IAITU JIKA ENGKAU MELAYANINYA, IA SUKA MELINDUNGIMU, JIKA ENGKAU MENJADI SAHABATNYA, DIA AKAN MENJADI HIASAN BAGI DIRIMU DAN JIKA ENGKAU DALAM KEADAAN KEKURANGAN NAFKAH, DIA AKAN MENCUKUPKAN KEPERLUANMU."




Pilihlah sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, lalu dia memberi dengan rasa terharu, jika dia melihat kebaikan yang timbul dari dirimu, dia suka menghitung-hitungnya dan dianggap sangat berguna, sementara jika dia mengetahui keburukan dalam dirimu lalu dia menutupnya.



"PILIHLAH SAHABAT YANG JIKA ENGKAU MINTA SESUATU DARIPADANYA, DIA PASTI MEMBERI, JIKA ENGKAU DIAM DIA MULA MENYAPAMU DAHULU DAN JIKA ADA KESUKARAN DAN KESEDIHAN YANG MENIMPA DIRIMU, DIA PASTI MEMBANTU, MERINGANKAN SERTA MENGHIBURKAN."




Pilihlah sahabat yang jika engkau berkata-kata, dia suka membenarkan ucapanmu dan bukan selalu mempercayai sahaja; jika engkau mengusahakan sesuatu persoalan yang berat, ia suka menemankan mengusahakannya, sementara jika engkau berselisih dengannya, dia suka sekali mengalah untuk kepentinganmu.









FIRASAT TAHI LALAT




Masyarakat pada zaman dahulu mengenal seseorang dgn melihat tanda pada badannya. Diturunkan di sini firasat tentang tahi lalat. Sejauhmana kebenarannya tidaklah diketahui dgn jelas. Namun begitu, ia biasa diajarkan di kalangan Masyarakat Melayu. Hanyalah sekadar menambah pengetahuan.

Bahagian Badan
Firasat


bibir atas kanan : banyak rezeki, pandai
bibir atas kiri : ramai kawan, baik hati
bibir bawah kanan : disegani orang, ramai yg suka
bibir bawah kiri : pandai bicara, tak mudah kalah
leher kanan : cerdas, jujur, berani menderita
leher kiri : cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
leher di tengah : tercapai cita-cita
biji mata kanan : suka serong dan pembohong
biji mata kiri : pembohong tetapi baik hati
hujung mata kanan : baik hati, sopan santun, cerdas
hujung mata kiri : baik budi, murah rezeki
punggung kanan : agak mengalami kesulitan
punggung kiri : malas dan suka duduk
betis kanan : suka berhibur, boros
betis kiri : rajin,tidak suka menganggur
lutut kanan : bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha
lutut kiri : kurang kuat berusaha
kepala sebelah kanan : terkabul cita-cita
kepala sebelah kiri : sering menemui kesusahan
kepala sebelah belakang : jujur, sabar dan tekun
kening kanan : cerdas dan cekap
kening kiri : cerdas, sopan santun
tengah kening : keras hati, berani segala hal
hujung mulut kanan : kecil rezeki, tak mudah kalah
hujung mulut kiri : suka berpoya-poya
ketiak kanan : dapat menyimpan rahsia
ketiak kiri : jujur, banyak yang cinta
pergelangan kaki kanan : suka berpergian (keluar rumah)
pergelangan kaki kiri : kehendak kuat
batang hidung : banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
pada hidung : banyak rezeki
dagu bawah kanan : jujur dan baik hati
dagu bawah kiri : bijak sana dan berbudi luhur
kemaluan kanan atau kiri : baik, suka senggama
di kepala kemaluan (lelaki): bakal beristeri 2
tumit kanan : jujur dan banyak kawan
tumit kiri : baik budi
alis kanan : suka menolong, baik hati
alis kiri : ramai yang suka
pangkal peha kanan : kemahuan kuat
pangkal peha kiri : suka kerja apa pun
telapak kaki kanan : tak mudah mengeluh
jari kaki kanan : suka menolong
jari kaki kiri : berbudi, suka berbuat baik
bahu kanan : cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan
bahu kiri : suka kerja keras, banyak tanggungjawab
buah dada kanan : baik hati, pendiam,simpan rahsia
buah dada kiri : ramai kawan, setia pada pasangan
lengan kanan : setia dan taat pada atasan
lengan kiri : menepati janji dan rajin
pipi kanan : ramai teman
tengah-tengah pipi kanan : ramai yg suka
tengah-tengah pipi kiri : ramai teman
ubun-ubun : kurang jujur
pusat : cerdas, tangkas, tekun
pusat bahagian kanan : sejahtera dalam hidup
pusat bahagian kiri : beroleh kemuliaan
pinggang kanan : sayang pada pasangan hidup
pinggang kiri : disayangi pasangan hidup
dada kanan : dapat mengatasi masalah
dada kiri : berani, jujur dan sabar
telapak kaki kanan : tidak mudah mengeluh
telapak kaki kiri : baik budi pekertinya
siku tangan kanan : kuat ingin memiliki kekayaan
siku tangan kiri : baik hati, suka menolong
jari tangan kanan : serba beroleh keuntungan
jari tangan kiri : serba baik bekerja
jari telapak tangan kanan : banyak rezeki tapi boros
jari telapak tangan kiri : banyak rezeki dan cermat
perut bawah kanan : banyak rezeki, suka memberi maaf
perut bawah kiri : baik hati, tenang hidupnya
sudut mata kanan dalam : disayang suami atau isteri
sudut mata kiri dalam : tidak mudah dilupakan pasangan
sudut mata kanan luar : baik budi, ramai yg cinta
pelipis kiri : murah rezeki, dpt jadi kaya
pelipis kanan : serba berhasil dalam usaha
kelopak mata kanan atas : baik hati, ramah, berjaya
kelopak mata kiri atas : baik budi, ramai yg suka
kelopak mata kanan bawah : agak malas
kelopak mata kiri bawah : agak bodoh, kurang bijaksana

DUNIA LADANG AKHIRAT

Ada orang bekerja keras untuk menjadi kaya dan mencari harta yang banyak. Islam tidak melarang kita mencari kesenangan di dunia, walaupun dalam masa sama diperingatkan bahawa setiap kita pasti akan menemui mati.



Sebab itulah dikatakan bahawa "Dunia adalah ladang akhirat". Maksudnya sepanjang berada di dunia bekerja dan berbuat baiklah menyediakan bekalan yang bakal dibawa ke akhirat. Ini kerana apabila tiba di akhirat nanti setiap muslim itu dipertanggungjawabkan atas apa yang telah dilakukannya semasa di dunia.



Kerap diperingatkan bahawa dunia ibarat air laut. Semakin diminum airnya yang masin terasa hausnya, samalah keadaannya dengan kesenangan dunia yang jika semakin dikejar, tidak akan pernah merasa puas, apa lagi jika pendidikan agama yang dimiliki seseorang itu terlalu dangkal(sedikit) menjadikan orang yang sedemikian ini tergolong sebagai orang yang rugi.



Oleh itu berpada-padalah dan sentiasa ingat bahawa kedatangan kita di muka bumi bukanlah untuk tujuan sia-sia. Jadi hargailah kesempatan yang sekejap ini untuk mencari kebaikan yang menyumbang semula kepada kesejahteraan hidup di akhirat. seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud;



"Dialah yang menjadikan bumi bagimu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata ceruk rantaunya, serta makanlah daripada rezeki yang dikurniakan Allah s.w.t, dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya). Surah al-Mulk:15)

PETUA@TIP CIKGU ZAI



PETUA 1: PETUA HADAPI MURID CEREWET

BANYAK ORANG BANYAK RAGAMNYA. Ada yang pemalu, pemarah, pembersih, baik hati, rajin, pandai, kreatif, pendiam, cerewet dan macam-macam lagi. Manusia itu memang unik kejadiannya.

Cerewet ada pelbagai maksud. Ada yang cerewet dengan persekitaran kelas, cerewet dengan sikap guru, cerewet dengan layanan di sekolah dan macam-macam lagi.

Bagaimanapun, guru janganlah panik. Ingatlah bahawa, "Teacher is person who cause a person to knowledge or skill."

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:

"Sesiapa membanyakkan istighfar (mohon keampunan kepada Allah) nescaya Allah menjadikan setiap kesusahan baginya digantikan dengan kesenangan, setiap kesempitan (masalah hidup) dibuka jalan keluar dan dia diberi yang tidak terduga."(Riwayat Imam Ahmad dan al-Hakim daripada Ibnu Abbas r.a)

Petua hadapi murid cerewet;

1. Bawa berbincang dgn ibu bapa murid terbabit dan jelaskan dengan terperinci mengenai masalah murid itu. Mungkin ibu bapa murid berkenaan mempunyai penjelasan mengenainya.

2. Guru dapatkan pandangan daripada guru kaunseling atau guru disiplin.

3. Panggil murid secara individu dan berbincang untuk mendapatkan penjelasan.

4. Layan murid seperti biasa tetapi gunakan pendekatan psikologi.

5. Guru perlu sentiasa berdoa memohon kekuatan daripada Allah agar sentiasa diberikan hati yang terbuka dan redha dengan ujian Allah. Beristighfar sentiasa kepada Allah.

PETUA 2. TIP BELAJAR SECARA BERKUMPULAN.

Belajar secara berkumpulan lazimnya dapat membantu meningkatkan semangat untuk menyiapkan tugasan. Namun tidak ramai yang mahu belajar ceara begini dengan alasan susah dan tidak berdisiplin.

Bagaimanapun cuba ikuti tip di bawah ini;

1. Pilih satu bab dalam satu mata pelajaran. Bahagikan kepada tajuk kecil. Bahagikan tugas ini kpd setiap ahli kumpulan.

2. Semua ahli kumpulan perlu membaca dan memahami sejelas-jelasnya setiap tajuk yang sudah ditetapkan. Buat catatan dalam nota kecil.

3. Selesai membaca, setiap individu perlu memberi penerangan kpd rakan-rakan lain mengenai bab yang telah dibaca.

4. Ahli kumpulan yang mendengar boleh bertanya soalan jika tidak faham.

5. Soalan boleh dalam bentuk kuiz dan sebagainya. Ini menjadikan belajar dalam kumpulan menjadi lebih menarik. Bincangkan soalan dan jawapan yang berkaitan dengan bab yang dibincangkan.

Khamis, 16 Disember 2010

KURMA DAN KISMIS (DIET YANG MENYIHATKAN)





KURMA & KISMIS
DIET YANG MENYIHATKAN

Imam Ali a.s berkata;

"Barang siapa memakan 21 biji kurma merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi."

Imam Ali a.s berkata;

"Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa."

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-Thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa.

Nabi Muhammad s.a.w turut bersabda;

"Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/ cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih."

Diriwayatkan di dalam Kitab 'At-Tib An-Nabawi' (Perubatan Nabi) dalam hadis yang bermaksud;

"Sebaik-baik makanan ialah buah zabib (kismis), ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut."


Maksud hadis Rasullullah s.a.w. pula,

"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

Kata orang "melentur buluh biar dari rebungnya". Islam mengajar kita mendidik anak sejak dari dalam kandungan ibu agar anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah yang suci serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Buah kurma merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur.

IKHLAS MEMBAWA KEJAYAAN


IKHLAS
HASILKAN KEJAYAAN!

Ikhlas adalah nilai murni yang harus dijadikan amalan dan dihayati; setiap muslim dan muslimah.

Jadikan ikhlas sebagai inti pada setiap ibadat dan perbuatan. Tanamkan prinsip ini seperti yang ditegaskan Allah dalam firmanNya yang bermaksud;

" Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya" (Surah al-Bayyinah:5)

Ikhlas akan menghasilkan kemenangan dan kejayaan:

Masyarakat yang mengamalkan sifat ikhlas akan mencapai kebaikan dunia dan akhirat; bersih daripada sifat kerendahan dan mencapai perpaduan, persaudaraan, perdamaian dan kesejahteraan.

Sabda Rasulullah yang bermaksud,


"Bahagialah dengan limpahan kebaikan bagi orang yang apabila dihadiri(berada dalam kumpulan) tidak dikenali, tetapi apabila tidak hadir tidak pula kehilangan. Mereka itulah pelita hidayah. Tersisih daripada mereka segala fitnah dan angkara orang yang zalim" (Riwayat Imam al-Baihaqi)

3 PERKARA YG MENYELAMATKAN


Sabda Rasulullah yang bermaksud; "Tiga perkara yang menyelamatkan iaitu takut kepada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka dan marah dan berjimat cermat ketika susah dan senang; dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri."(Riwayat Abu Syeikh)