Jumaat, 17 Disember 2010

PETUA@TIP CIKGU ZAI



PETUA 1: PETUA HADAPI MURID CEREWET

BANYAK ORANG BANYAK RAGAMNYA. Ada yang pemalu, pemarah, pembersih, baik hati, rajin, pandai, kreatif, pendiam, cerewet dan macam-macam lagi. Manusia itu memang unik kejadiannya.

Cerewet ada pelbagai maksud. Ada yang cerewet dengan persekitaran kelas, cerewet dengan sikap guru, cerewet dengan layanan di sekolah dan macam-macam lagi.

Bagaimanapun, guru janganlah panik. Ingatlah bahawa, "Teacher is person who cause a person to knowledge or skill."

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:

"Sesiapa membanyakkan istighfar (mohon keampunan kepada Allah) nescaya Allah menjadikan setiap kesusahan baginya digantikan dengan kesenangan, setiap kesempitan (masalah hidup) dibuka jalan keluar dan dia diberi yang tidak terduga."(Riwayat Imam Ahmad dan al-Hakim daripada Ibnu Abbas r.a)

Petua hadapi murid cerewet;

1. Bawa berbincang dgn ibu bapa murid terbabit dan jelaskan dengan terperinci mengenai masalah murid itu. Mungkin ibu bapa murid berkenaan mempunyai penjelasan mengenainya.

2. Guru dapatkan pandangan daripada guru kaunseling atau guru disiplin.

3. Panggil murid secara individu dan berbincang untuk mendapatkan penjelasan.

4. Layan murid seperti biasa tetapi gunakan pendekatan psikologi.

5. Guru perlu sentiasa berdoa memohon kekuatan daripada Allah agar sentiasa diberikan hati yang terbuka dan redha dengan ujian Allah. Beristighfar sentiasa kepada Allah.

PETUA 2. TIP BELAJAR SECARA BERKUMPULAN.

Belajar secara berkumpulan lazimnya dapat membantu meningkatkan semangat untuk menyiapkan tugasan. Namun tidak ramai yang mahu belajar ceara begini dengan alasan susah dan tidak berdisiplin.

Bagaimanapun cuba ikuti tip di bawah ini;

1. Pilih satu bab dalam satu mata pelajaran. Bahagikan kepada tajuk kecil. Bahagikan tugas ini kpd setiap ahli kumpulan.

2. Semua ahli kumpulan perlu membaca dan memahami sejelas-jelasnya setiap tajuk yang sudah ditetapkan. Buat catatan dalam nota kecil.

3. Selesai membaca, setiap individu perlu memberi penerangan kpd rakan-rakan lain mengenai bab yang telah dibaca.

4. Ahli kumpulan yang mendengar boleh bertanya soalan jika tidak faham.

5. Soalan boleh dalam bentuk kuiz dan sebagainya. Ini menjadikan belajar dalam kumpulan menjadi lebih menarik. Bincangkan soalan dan jawapan yang berkaitan dengan bab yang dibincangkan.

Tiada ulasan: