Isnin, 20 Disember 2010

BICARA CINTA














CINTA

Bilakah mentari itu akan timbul kembali

setelah hujan turun menangisi

Di petang yang sunyi

hanya ditemani

pc yang bagaikan memahami

sepi dan terus menyepi

sehingga sapaan naluri

menyentuh hati.


Hati ini,

Terasa ingin disayangi,

terasa ingin dicintai,

Apakah ia satu realiti

Atau hanya fantasi,

Tatkala bunga kembang berseri

Purnama yang berkembang berlalu pergi

Meninggalkan sisa-sisa

Yang boleh diabadi

Terus bersemadi

Biarlah di hulu hati

Menusuk sanubari

Pancaindera kurniaan Ilahi

Membawa makna seribu erti

Cinta bukanlah mati.

Tapi

Cinta peribadi

Berlalu bersama hari-hari yang dilalui

Walau tanpa insan di sisi

yang sudi untuk menemani

Cinta itu akar hati,

Kusemat buat pencipta duniawi,

Sehingga akhir nanti

Cinta Allah cinta suci

Mengharum bak setanggi duniawi.
PUISI CINTA 2: JIKA IA SEBUAH CINTA

Jika Ia Sebuah Cinta.....

jika ia sebuah cinta…
ia tidak mendengar…namun sentiasa bergetar….
jika ia sebuah cinta…ia tidak buta namun sentiasa melihat dan merasa..
jika ia sebuah cinta…ia tidak menyeksanamun sentiasa menguji
jika ia sebuah cinta…ia tidak memaksa, namun sentiasa berusaha…
jika ia sebuah cinta…ia tidak cantik namun sentiasa menarik…
jika ia sebuah cinta…ia tidak datang dengan kata-kata
namun sentiasa menghampiri dengan hati…
jika ia sebuah cinta…ia tidak terucap dengan kata
namun sentiasa hadir dengan sinar mata..
jika ia sebuah cinta…ia tidak hanya berjanji..
namun sentiasa cuba memenangi..
jika ia sebuah cinta…ia mungkin tidak suci..namun sentiasa harmoni…
jika ia sebuah cinta…ia tidak hadir kerana permintaan
namun hadir kerana ketentuan…
jika ia sebuah cinta…ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan…
namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan…
semuanya.. jika ianya sebuah cinta………
PUISI OLEH KALIDASA
Selamat datang pagi
Lihatlah pada siang ini
Kerana itulah kehidupan, hidupnya kehidupan
Pada masa singkat itulah
Kau menemui berbagai hakikat keberadaanmu,
Itulah saat meraih nikmat
Saat meraih cahaya kemenangan
Kerana kelmarin hanya tinggal mimpi
sedang esok hanyalah fantasi
Tetapi hari ini akan menjadi kelmarin,
Sebuah mimpi yang indah
dan esok adalah kewujudan harapan.
Berbuat baiklah!
Lihatlah sesuatu yang baik pada hari ini.
Itulah erti penghormatan buat hari ini.

Tiada ulasan: