Khamis, 23 Disember 2010

MEMPERBAIKI PEMIKIRAN POSITIF-oleh Edward De Bono



1. MENINGKATKAN UNSUR-UNSUR POSITIF

Arah pertama menuju kepada kemajuan diri ialah titik permulaan, perkembangan dan memperbaiki sikap-sikap dan tabiat positif. Sikap positif merupakan asas revolusi positif.

a.Sikap konstruktif ialah cara menukar sikap positif menjadi tindakan. Ia juga bertentangan dengan sikap negatif dan sikap memusnahkan.

b.Tabiat suka menyumbang: sentiasa mencari jalan untuk menyumbang dan memberi sumbangan dalam ketiga-tiga ruang (diri, tempatan dan negara)

c. Mengamal dan menggemari kemahiran keberkesanan.

d. Sentiasa mengingati tentang kemajuan diri.

e. Beradab terhadap orang lain mengikut prinsip asas menghormati orang lain.

f. Meminati lebih banyak perkara. Berfikiran terbuka mengenai perkara-perkara baru.

g. Perbualan dan perbincangan anda menjadi lebih menarik.

h. Berusaha menjadi orang yang sedia menolong dan mudah bergaul.

i. Berhenti seketika untuk menganalisis tindakan anda setakat ini. Puji perkara-perkara yang baik dan catatkan perkara-perkara yang buruk.
2. MENGURANGKAN UNSUR-UNSUR NEGATIF
Arah kedua untuk memperbaiki diri ialah mengurangkan penguasaan beberapa unsur negatif. Unsur-unsur ini tidak akan lenyap sekelip mata saja atau buat selama-lamanya (tetapi jika berkurangan sedikit bukankah baik?)
a. Kurangkan tabiat membuat keputusan dengan terburu-buru. Kurangkan reaksi yang dipengaruhi emosi semata-mata.
b. Lebih bertolak ansur terhadap orang lain dan kurangkan mengkritik.
c. Kurangkan sikap negatif dan suka merosakkan (memusnahkan)
d. Menjadi kurang dogmatik dan lebih bersedia untuk mendengar pendapat orang lain dan pilihan-pilihan.
e. Tidak mudah tersinggung.
f. Kurangkan sifat malas, tidak cermat dan tidak boleh diharapkan.
g. Mengurangkan aktiviti-aktiviti yang hanya mengisi masa.
h. Tidak menjadi terlalu pasif.
i. Tidak terlalu merasa tidak berdaya dan mengharapkan bantuan.
j. Tidak mudah mengaku kalah jika segala-galanya tidak berjaya pada percubaan pertama.
Sesiapa pun boleh menambahkan apa jua kekurangan kelemahan dirinya dalam senarai ini. Sesetengah unsur negatif ini akan berkurangan dengan sendirinya jika kita meningkatkan unsur-unsur positif yang dinyatakan di atas (iaitu cara yang lebih berkesan untuk mengurangkan unsur-unsur negatif)
3. MELAKUKAN SESUATU ITU DENGAN LEBIH BAIK.
Penderitaan, bosan dan mengisi masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah merupakan unsur-unsur negatif- meskipun kadangkala penderitaan boleh digunakan dengan cara yang positif.
a. Jika anda sedang melaksanakan sesuatu tugas bolehkah tugas itu dilaksanakan dengan cara lebih baik.
b. Bolehkah tugas itu dilakukan dengan lebih baik atau lebih berkesan?
c. Jika anda meminati tugas itu, adakah ia boleh menjadi lebih menarik?
d. Jika anda terpaksa memasak, adakah baik jika anda mencuba resepi-resepi baru?
e. Jika anda terpaksa melalui sebatang jalan, adakah anda nampak perkara-perkara baru dalam perjalanan anda itu?
f. Jika anda terpaksa bekerja bersama beberapa orang, bolehkah anda mengenali mereka dengan lebih rapat?
g. Jika anda merasa lebih seronok terhadap apa yang sedang dilakukan, sudah pasti anda boleh merasa lebih seronok sepanjang hari?
h. Di kilang kereta Toyota di Jepun, terdapat 326 cadangan yang diberikan oleh setiap kakitangan setiap tahun.




Tiada ulasan: