Jumaat, 17 Disember 2010

DUNIA LADANG AKHIRAT

Ada orang bekerja keras untuk menjadi kaya dan mencari harta yang banyak. Islam tidak melarang kita mencari kesenangan di dunia, walaupun dalam masa sama diperingatkan bahawa setiap kita pasti akan menemui mati.



Sebab itulah dikatakan bahawa "Dunia adalah ladang akhirat". Maksudnya sepanjang berada di dunia bekerja dan berbuat baiklah menyediakan bekalan yang bakal dibawa ke akhirat. Ini kerana apabila tiba di akhirat nanti setiap muslim itu dipertanggungjawabkan atas apa yang telah dilakukannya semasa di dunia.



Kerap diperingatkan bahawa dunia ibarat air laut. Semakin diminum airnya yang masin terasa hausnya, samalah keadaannya dengan kesenangan dunia yang jika semakin dikejar, tidak akan pernah merasa puas, apa lagi jika pendidikan agama yang dimiliki seseorang itu terlalu dangkal(sedikit) menjadikan orang yang sedemikian ini tergolong sebagai orang yang rugi.



Oleh itu berpada-padalah dan sentiasa ingat bahawa kedatangan kita di muka bumi bukanlah untuk tujuan sia-sia. Jadi hargailah kesempatan yang sekejap ini untuk mencari kebaikan yang menyumbang semula kepada kesejahteraan hidup di akhirat. seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud;



"Dialah yang menjadikan bumi bagimu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata ceruk rantaunya, serta makanlah daripada rezeki yang dikurniakan Allah s.w.t, dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya). Surah al-Mulk:15)

Tiada ulasan: