Ahad, 19 Disember 2010

SELOKA NASIHAT


SELOKA NASIHAT 1.

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah berkat,
Bila hidup berkat, diri ini akan selamat,
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat,
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat,
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat,
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat,
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat,
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan meningkat,
Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS!

Apabila pembangunan meningkat,
kemajuan menjadi pesat,
bangunan naik bertingkat-tingkat,
Harus diingat...
Di tengah-tengah itu tempat maksiat tumbuh macam kulat,
KETIKA ITU..manusia mula mengubah tabiat,
ada yang menjadi lalat, ada yang menjadi ulat,
Apabila manusia menjadi ulat, solat makin hari makin liat,
maka, orang baik ada yang bertukar jadi jahat,
ada yang miskin nak kaya cepat,
yang tua pula nak mati lambat,
macam-macam dia jadi ligat,
tak dapat madu, dia minum macam-macam ubat,
konon nak jadi kuat dan hebat

Budak-budak muda pakai seluar ketat,
Semua nak tunjuk diri hebat,
Apabila berjudi, percaya unsur kurafat,
Tapi hidup pula yang melarat,
Tali kasut dah tak terikat,
Rambut pun jarang sikat,

Yang perempuan, pakai mini sekerat,
Suka pakai baju ketat lagi sendat,
Suka sangat menunjukkan pusat,
Hingga lupa batasan aurat,
Pakai pula yang singkat-singkat,
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'
Ada juga yang melihat nampak tercegat,

Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat,
Duduk jauh berutus sms maksiat,
Apabila berjumpa tangan berjabat,
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat,
Masa tu, nafas jadi tersekat-sekat,
Tak peduli agama dan adat,
Lupa Allah dan malaikat,
Cuma fikir apa nak buat...
Nak tunjuk sayang..'bukti' kita buat,
akhirnya perut kempis dah jadi bulat,
Na'uzubillah lahir anak tak cukup sifat,
Maka dengarlah cerita bayi dibuang merata tempat.


Ketika itu, iblis mula melompat-lompat,
Katanya, "Manusia dah masuk jerat"
Manusia dah ikut jalan sesat,
Inilah fenomena masyarakat.


Oleh itu, wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Tunggu bila-bila saja akan kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat!
Berangkat menuju ke negeri akhirat.


Di sana kita ditanya apa yang kita buat?
Masa tu, sendiri mau ingat.


Usiamu banyak mana..banyak mana ibadat dah buat?
Zaman muda apa pula yang dibuat?
Harta benda..dari mana kamu dapat?
Ilmu kamu...adakah ada bermanfaat?


Sebagai sesama insan sama-sama kita mengingat,
Agar dapat meninggalkan maksiat,
Perbanyakkan pula amal dan ibadat.
Moga sempat bertaubat,
Allah akan mengampun segala dosa yang dah terbuat.
Mati sendiri mahu ingat.


Tiada ulasan: